Memperkenalkan ..
PRODUK KESIHATAN TERBAIK DI DUNIA
Hanya satu-satunya
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini,
sila hubungi /
whatsApp/ sms/ pm :
Layari website kami:
www.myalmannatayebat.blogspot.com
AL-MANNA @ GUM ARABIC
Dengan izin Allah, Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama, ia juga dapat meringankan beban buah pinggang. Gum Arabic dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Berapa ramai pesakit buah pinggang yang dapat mengelak dialisis setelah amalkan minum bancuhan gum arabic dengan izin Allah. Untuk buasir, sembelit dan berak berdarah, saya dapati amalan minum gum arabic amat berkesan sekali untuk mengatasinya. Ada pesakit yang terkena stroke memberitahu saya bahawa dia telah pulih dengan izin Allah Ta'ala dengan mengamalkan minum Gum Arabic. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik malah ia lebih baik daripada inulin.
Source: Moshfegh AJ, Friday JE, Goldman JP, Ahuja JK (July 1999). "Presence of inulin and oligofructose in the diets of Americans". Journal of Nutrition 129 (7 Suppl): 1407S–1411S. PMID 10395608 via https://en.wikipedia.org/wiki/Prebiotic_(nutrition) |
Gum Arabic juga amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak (jika telah bengkak), anda dapat melihat sendiri keberkesanannya in shaa Allah. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, menyembuh dan mengawal gout, sembelit, untuk resedung (sinus) dan mengatasimasalah asid urik berlebihan. Sebenarnya banyak lagi lain-lain manfaat untuk kesihatan apabila amalkan minum atau makan gum arabic ini dengan izi Allah Ta'ala. Menurut Wikipedia, secara traditional, gum arabic juga digunakan untuk merawat tibi atau batuk kering. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.
Apakah itu al-Manna? menurut satu pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu; Adalahفقال علي بن أبي طلحة ، عن ابن عباس : كان المن ينزل عليهم على الأشجار) Ibnu Abbas tidak mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid pula, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhuma,getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. TaAjwa
Peringatan:
1. Patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor.
2. Bagi pesakit buah pinggang dinasihatkan agar jangan minum susu, atau makan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan pengambilan makanan berprotien, kecuali dalam kadar yang disyorkan oleh doktor, jika anda terus minum susu, makan produk tenusu dan tidak mengawal pengambilan protien, anda hampir pasti akan gagal megatasi masalah buah pinggang anda, anda seolah-olah menyekat aliran sungai dengan tapak tangan. Sila baca laman web ini untuk mwndapatkan maklumat asas pemakanan yang sesuai dengan tahap kesihatan anda; http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
3. Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai antibiotik).
4. Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan semasa makan al-Manna ini, jangan berhenti dialisis kecuali atas nasihat doktor.
5. Bagi pesakit kronik, seperti sakit jantung, dinasihatkan dapatkan nasihat doktor.
2. Bagi pesakit buah pinggang dinasihatkan agar jangan minum susu, atau makan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan pengambilan makanan berprotien, kecuali dalam kadar yang disyorkan oleh doktor, jika anda terus minum susu, makan produk tenusu dan tidak mengawal pengambilan protien, anda hampir pasti akan gagal megatasi masalah buah pinggang anda, anda seolah-olah menyekat aliran sungai dengan tapak tangan. Sila baca laman web ini untuk mwndapatkan maklumat asas pemakanan yang sesuai dengan tahap kesihatan anda; http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
3. Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai antibiotik).
4. Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan semasa makan al-Manna ini, jangan berhenti dialisis kecuali atas nasihat doktor.
5. Bagi pesakit kronik, seperti sakit jantung, dinasihatkan dapatkan nasihat doktor.
CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA
MASA MAKAN:
1. Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam sebelum sarapan.
2. Waktu malam sebelum tidur.
MASA MAKAN KETIKA PUASA:
1. Waktu sahur. Sebelum atau selepas makan sahur.
2. Waktu malam sebelum tidur atau sejam selepas berbuka puasa.
CARA BANCUHAN:
1. 1 scoop yang disertakan (=2 sudu makan), iaitu sebanyak 25 gram, dibancuh dengan segelas (250ml atu lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais)
2. Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 25 gram gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja. Oleh kerana larutan ini agak pekat, rendam sejam atau lebih untuk memudahkan ia larut.
CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:
CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:
i- Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan gum arabic, kemudian masukkan dan air goncang hingga larut, jika sukar larut, biarkan ia terendam dalam air 45 hingga 60 minit barulah goncang semula. Jika tidak hancur sepenuhnya pun serbuk tersebut boleh diminum terus. Boleh bancuh waktu malam untuk di minum waktu pagi.
ii- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum. Ketulan yang besar perlu dipecahkan kepada ketulan yang kecil agar mudah larut.
ii- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum. Ketulan yang besar perlu dipecahkan kepada ketulan yang kecil agar mudah larut.
Cadangan penggunaan:
1. Pesakit buah pinggang; 1 scoop iaitu 25 gram setiap pagi, 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, sebaik-baiknya 1 atau 2 jam selepas makan malam. Pengambilan 50 gram sehari dapat mengurangkan beban kerja buah pinggang dan pengurangan creatinine.
2. Untuk buasir, berak berdarah & sembelit: 2 scoop (25 gram) 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong. Jika bengkak di kawasan dubur; ambil sedikit serbuk gum arabic, campur dengan sedikit air, sapu di kawasan yang bengkak tersebut. Jika keadaan serius, seperti bengkaknya besar atau banyak darah keluar semasa buang air besar minum 1 ½scoop pada malam hari.
3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 3 sudu teh (15 hingga 25 gram) pada waktu malam sebelum tidur dan pada waktu pagi sebelum sarapan. Remaja 2 sudu teh dan kanak-kanak 1 sudu teh.
5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna yang badannya secara genetik membina kolesterol yang berlebihan sehingga penurunan dengan gum arabic tidak memadai. Orang yang sedemikian perlu makan ubat untuk menghalang badan membina kolesterol secara berlebihan tersebut).
6. Sebagai makan tambahan sakit-sakit lain dan untuk meningkatkan sistem imun untuk menentang penyakit: 15 hingga 30 gram sehari, iaitu, 15 gram 2 jam sebelum sarapan dan 15 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, sebaik-baiknya 1 atau 2 jam selepas makan malam juga.
7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.(check paras gula dalam dalam darah anda untuk memastikan ia berkesan untuk anda)
11. Untuk buasir yang serius; minum 1 scoop iaitu 25 gram setiap pagi, 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, dan 1 atau 2 jam selepas makan malam. Jika ada bengkak dan sakit, buat bancuhan pekat seperti bedak sejuk, sapu di tempat tersebut.
12. Untuk mengurangkan batuk ringan: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.
13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik dan ragu-ragu untuk makan gum arabic.
14. Untuk masalah jerawat; ambil secubit dicampur sedikit air dan disapu ke muka sebagai masker, minum 15 hingga 25 gram setiap pagi dan malam.
12. Untuk mengurangkan batuk ringan: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.
13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik dan ragu-ragu untuk makan gum arabic.
14. Untuk masalah jerawat; ambil secubit dicampur sedikit air dan disapu ke muka sebagai masker, minum 15 hingga 25 gram setiap pagi dan malam.
*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT*
*Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda.
*Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.
MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA
Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic Acacia Senegal adalah:-
1. The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.
2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk sakit buah pinggang kronik (CRF).
6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit.
7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.
11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.
12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.
14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah.
16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.
17. Laman web
http://inrfood.com/ingredients/6252
mendakwa ia selamat bagi wanita mengandung(19), sementara laman web http://www.helpforibs.com/shop/suplmts/acacia.asp mengatakan ia digunakan secara traditional bagi mengatasi masalah loya wanita mengandung, ia selamat untuk kanak-kanak dan untuk pengambil dalam jangka masa yang lama (20), tetapi langkah meminta nasihat doktor lebih selamat.
16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.
17. Laman web
http://inrfood.com/ingredients/6252
mendakwa ia selamat bagi wanita mengandung(19), sementara laman web http://www.helpforibs.com/shop/suplmts/acacia.asp mengatakan ia digunakan secara traditional bagi mengatasi masalah loya wanita mengandung, ia selamat untuk kanak-kanak dan untuk pengambil dalam jangka masa yang lama (20), tetapi langkah meminta nasihat doktor lebih selamat.
RINGKASAN MANFAAT GUM ARABIC
Gum arabic sangat baik untuk diminum oleh pesakit buah pinggang, buasir, sembelit, berak berdarah, sinus @ resdung, strok @ lumpuh dan lain-lain dengan izin Allah. Gum arabic dengan izin Allah dapat mempertahankan keupayaan buah pinggang bagi pesakit tahap 1 hingga tahap akhir agar dapat elakkan dialisis, dengan izin Allah. Ia juga dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang telah menjalani dialisis in shaa Allah. minum 2 kali dah sehari berdamaan 50 gram, mengikut pengkaji 50 gram sehari sudah memadai, banyakkan minum air. kalau pesakit buah pinggang yang telah dinasihatkan agar hadkan pengambilan air, minum air sekadar sesuai dengan badan, jika buang air kecil sudah pulih seperti biasa, minum air seperti biasa, yang paling penting bagi pesakit buah pinggang pantang, jangan minum susu, produk yang ada susu, hadkan pengambilan protien kecuali sedikit sahaja, protien adalah punca peningkatan creatinine dalam darah, makanan yg tinggi kandungan zat dan galian juga perlu dikawal, sebab itu, sayur hijau direbus dahulu, dibuang airnya, kemudian barulah sayur itu dimasak untuk dimakan, kerana zat galian tersebut yang sepatunya baik untuk badan, membebankan buah pinggang mereka, jika makan 2 kali tak berkesan, bukan sebab makan 2 kali tersebut, tapi sebab luaran yang tidak terkawal. Di harapkan gum arabic dapat membantu tuan/puan dengan izin Allah. berpantang tersebut bukan kerana makan gum arabic tetapi kerana pesakit buah pinggang perlu kepada pantang tersebut, Jika minum bukan kerana sakit buah pinggang, tidak perlu berpantang.
Secara ringkas;
minum dua kali sehari, setiap pagi dua jam sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Cara bancuhan; masuk satu scoop yang disertakan dalam shaker yang kering, kemudian masukkan air lebih kurang 250 hingga 300 ml, shake hingga larut, jika ada yang tidak larut sepenuhnya, boleh terus diminum sekali, tapi jika mahu betul-betul larut sepenuhnya, biarkan ia terendam selama satu jam, In shaa Allah, ia larut sepenuhnya, jika mahu hadkan pengambilan air, bancuh dengan 75 hingga 150 ml air sahaja, tetapi ia mesti direndam sejam selepas shake, kemudian selepas sejam shake semula, kerana ia pekat, maka ia perlu direndam terlebih dahulu barulah mudah larut
Sila Rujuk:
1. http://www.raysahelian.com/acaciagum.html
3. http://www.kidneyfailureweb.com/treatment/283.html
4. http://www.nutritionj.com/content/11/1/111
5. http://www.futuremedicine.com/doi/pdf/10.2217/14750708.3.2.183
6. http://sudanow.info/new/uncategorized/scientists-reveal-new-uses-for-gum-arabic/
7. http://jac.oxfordjournals.org/content/54/2/577.full
8. http://www.emaratyah.ae/showthread.php?t=315795
9. http://forum.maas1.net/m118396.html
10. http://ejabat.google.com/ejabat/thread?tid=1adb4958780d0e8e
11. http://www.alnilin.com/news-action-show-id-30315.htm
12. http://www.sudaneseonline.com/cgi-bin/sdb/2bb.cgi?seq=msg&board=430&msg=1364756070
13. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-01-19-1.1034500
14. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-03-26-1.1035406
15. http://www.healthline.com/natstandardcontent/acacia
16. http://www.organicarabicgum.com/
17..http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
18. http://inrfood.com/ingredients/6252
19. http://inrfood.com/ingredients/6252, dicapai pada 25 September 2014.
20. http://www.helpforibs.com/shop/suplmts/acacia.asp, dicapai pada 27 April 2015
No comments:
Post a Comment