Monday, August 31, 2015

AL MANNA TAYEBAT


AL MANNA











Kandungan.
Gum Arabic (Acacia senegal). (Net Wt. 500gm)
Pengenalan
Produk Al Manna adalah dari Gum Arabic yang telah ditukar kepada bentuk serbuk. Kajian klinikal telah menunjukkan Gum Arabic baik untuk kesihatan digunakan sebagai Prebiotik. Al Manna boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan untuk menjaga kesihatan atau tambahan kepada rawatan penyakit sedia ada. Boleh digunakan bersama ubatan dari klinik atau hospital. Bancuh Al Manna dengan air sejuk dan diambil sebelum makan.
Saranan dos harian.
UmurSudu Teh Sehari
18 tahun keatas3
10 - 17 tahun2
8 bulan - 9 tahun1

1 sudu teh = 5gm
Cara penggunaan.
Al Manna perlu diambil sebelum makan. Isi air sejuk dalam cawan atau gelas, lebih kurang 125ml untuk setiap 5gm Al Manna. Ambil dos yang disyorkan menggunakan sudu teh kering. Masukkan serbuk Al Manna secara perlahan-lahan ke dalam air sambil mengacau air dengan sudu lain sehingga semua serbuk Al Manna larut. Minum dengan segera.
Fakta nutrisi Al Manna 

Setiap 100gram (gm)Setiap 5gram (gm)
Protein1.90.1
Lemak0.10.005
Jumlah karbohidrat85.54.28
Karbohidrat boleh guna<0.1<0.1
Kalori (kal)90.45
Dietary fibre85.54.28
Fibre prebiotik85.54.28

Setiap 100gm (mg)Setiap 5gm (mg)
Sodium140.7
Calcium107453.7
Potassium91445.7
Magnesium39019.5
Iron10.05
Cholesterol<1<1
Tannin Bearing GumTidak dikesanTidak dikesan
Kesan sampingan
Al Manna tiada kesan sampingan. Selamat untuk digunakan.
Walau bagaimana pun sesetengah orang mungkin berasa kembung perut diperingkat awal penggunaan atau mengalami kegatalan atau kemerahan kulit akibat alahan.
Cadangan penggunaan.
Masalah buah pinggang.
Masalah berkaitan saluran kencing.
Sembelit
Menguatkan sistem imun.
Penjagaan kulit.
Pengeluar
Nature Gums Sudan.
Pengedar
Natural Prebiotik (M) Sdn.Bhd.
Catatan.
Berbincang dengan doktor anda jika ada keraguan penggunaan.
Produk Al Manna bukan pengganti ubatan.
Selamat untuk ibu mengandung.

TAYEBAT.











Kandungan.
Gum Arabic (Acacia senegal. Acacia Seyal.) (Net Wt. 500gm)
Pengenalan
Produk Tayebat adalah dari Gum Arabic yang telah ditukar kepada bentuk serbuk. Kajian klinikal telah menunjukkan Gum Arabic baik untuk kesihatan digunakan sebagai Prebiotik. Tayebat boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan untuk menjaga kesihatan atau tambahan kepada rawatan penyakit sedia ada. Boleh digunakan bersama ubatan dari klinik atau hospital. Bancuh Tayebat dengan air sejuk dan diambil sebelum makan.
Saranan dos harian.
UmurSudu Teh Sehari
18 tahun keatas3
10 - 17 tahun2
8 bulan - 9 tahun1

1 sudu teh = 5gm
Cara penggunaan.
Tayebat perlu diambil sebelum makan. Isi air sejuk dalam cawan atau gelas, lebih kurang 125ml untuk setiap 5gm Tayebat. Ambil dos yang disyorkan menggunakan sudu teh kering. Masukkan serbuk Tayebat secara perlahan-lahan ke dalam air sambil mengacau air dengan sudu lain sehingga semua serbuk Tayebat larut. Minum dengan segera.
Fakta nutrisi

Setiap 100gram (gm)Setiap 5gram (gm)
Protein1.70.09
Lemak0.10.005
Jumlah karbohidrat86.64.33
Karbohidrat boleh guna00
Kalori (kal)80.4
Dietary fibre86.64.33
Fibre prebiotik86.64.33

Setiap 100gm (mg)Setiap 5gm (mg)
Sodium140.7
Calcium111755.85
Potassium33916.95
Magnesium29214.6
Iron20.1
Cholesterol<1<1
Tannin Bearing GumDikesanDikesan
Kesan sampingan
Tayebat tiada kesan sampingan. Selamat untuk digunakan.
Walau bagaimana pun sesetengah orang mungkin berasa kembung perut diperingkat awal penggunaan atau mengalami kegatalan atau kemerahan kulit akibat alahan.
Cadangan penggunaan.
Masalah buah pinggang.
Mengawal gula dan kolesterol dalam darah.
Menguatkan sistem imun.
Menambah kecergasan tenaga badan.
Pengeluar
Nature Gums Sudan.
Pengedar
Natural Prebiotik (M) Sdn.Bhd.
Catatan.
Berbincang dengan doktor anda jika ada keraguan penggunaan.
Produk bukan pengganti ubatan.
Selamat untuk ibu mengandung.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini, 
sila hubungi ..
whatsApp/ sms/ pm :

019-9379629 

PROBIOTIK & PREBIOTIK



KESIHATAN, PREBIOTIK DAN PROBIOTIK.















Amalan penjagaan kesihatan penting untuk memastikan diri kita dapat menjalankan kegiatan harian dengan sempurna. Banyak cara untuk memastikan badan kekal sihat atau penyakit yang dihidapi dikawal dengan baik.
Antaranya mengamalkan cara hidup sihat dengan dengan diet pemakanan yang sempurna, aktiviti riadah dan senaman yang betul dan berterusan dan mengambil nutrisi tambahan seperti vitamin dan supplement jika diperlukan. Pemeriksaan kesihatan dan rawatan profesional perubatan juga perlu untuk menjamin penyakit yang dihidapi terkawal.
Prebiotik dan probiatik adalah salah satu konsep kesihatan badan melalui sistem gastrousus. Prebiotik, iaitu nutrisi dalam kumpulan karbohidrat/fiber mudah larut, adalah sumber makanan untuk probiotik, iaitu kumpulan bakteria sedia ada secara semulajadi dalam sistem gastrousus. Tahap kesihatan host bergantung kepada banyaknya bakteria baik berbanding bakteria pembawa penyakit.
Banyak bakteria dalam usus dikenalpasti berguna kepada kesihatan hostnya. Kualiti prebiotik dilihat dari keupayaan merangsang perkembangan bakteria yang sesuai untuk kesihatan host. Bakteria yang berlainan mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza.
Kajian masih dijalankan untuk mengenalpasti prebiotik dan probiotik yang sesuai dan terbaik untuk menjamin kesihatan host yang berkekalan.


PREBIOTIK.

Banyak kajian saintifik telah dijalankan dan menunjukkan ada jenis-jenis makanan mempunyai kandungan bahan yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan komposisi bakteria dalam usus. Bahan dalam makanan ini dipanggil dengan nama Prebiotik.
Definasi sebenar Prebiotik adalah nutrient dalam makanan yang tidak dihadam atau diserap, yang berguna kepada tubuh badan apabila secara selektif merangsang pertubuhan dan/atau aktiviti satu atau lebih bakteria 'baik' (beneficial bacteria) dalam usus untuk meningkatkan kesihatan host tersebut.
Penggunaan nutrisi oleh mikroflora atau bakteria dalam sistem gastro usus diketahui berbeza antara satu strain dengan yang lain dan nutrisi Prebiotik merangsang bakteria Probiotik secara lebih efektif.
Secara mudah Prebiotik adalah baja kepada bakteria dalam usus. Bahan makanan harian yang terdiri dari bijirin proses dan kurangnya pengambilan buah dan sayuran menyebabkan pertumbuhan bakteria Probiotik terbantut dan memudaratkan kesihatan hostnya.
Makanan yang kaya dengan kandungan prebiotik telah digunakan dalam banyak kajian klinikal keatas manusia dan ia menunjukkan peningkatan aktiviti klinikal dan kesihatan keatas mereka..
Antara penyakit yang dikaji mendapat faedah dari makanan kaya prebiotik adalah kanser (terutama kanser usus), kegemukan, kencing manis, kegagalan buah pinggang, keletihan, radang usus, masalah resapan kalsium terutama kepada perempuan, menambah imuniti dan mengurangkan alahan.
Kebanyakan prebiotik yang dikaji terdiri dari kumpulan karbohidrat tidak hadam seperti Inulin, Galacto Oligosaccharide (GOS) dan Fructo Oligosaccharides (FOS). Prebiotik dari karbohidrat kompleks ini tidak dihadam oleh proses penghadaman dalam perut dan usus kecil manusia dan sampai ke usus besar tanpa ada perubahan.
Karbohidrat tidak hadam ini diperam dalam usus dan memberi nutrisi dan secara langsung menambah perkembangan dan bilangan bakteria probiotik dalam usus terutamanya Bifidobakteria dan Lactobacilli yang memberi kebaikan pada tubuh badan hostnya.
Ada satu lagi kumpulan prebiotik iaitu fiber mudah larut dan tidak dihadam didapati secara semulajadi dengan banyaknya (85%) pada Gum Arabic. Kajian yang dibuat menunjukkan kesan prebiotik fiber mudah larut yang didapati secara semulajadi ini adalah lebih baik.


KEBAIKAN PREBIOTIK.

Kesan Prebiotik telah disahkan secara saintifik. Banyak kajian keatas sampel najis dan microbiota pada dinding usus manusia menunjukkan ada makanan/bahan/supplement menukar komposisi bakteria dalam usus kepada bakteria baik (Probiotik) terutamanya Bifidobacteria, Lactobacillus dan mengurangkan bakteria penyakit seperti Clostridia dan Salmonella.
Kesan makananan/bahan/supplement yang kaya dengan kandungan Prebiotik kepada proses metabolic, kawalan(regulatory) dan "signalling" microbiota dalam usus masih dalam kajian berterusan.
Hasil kajian dari penggunaan bahan-bahan kaya prebiotik ada menunjukkan modulasi kepada biomarker sistem imun host dan peningkatan dalam sistem imun ini dikaitkan kepada komposisi microbiota didalam usus yang telah berubah.
Kesan bayi yang diberi susu ibu kepada komposisi microbiota (terutama Bifidobacteria) telah disahkan dari kajian dan memang diketahui susu ibu mengandungi campuran oligosaccharides yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi.
Kajian keatas orang dewasa yang diberi prebiotik juga meningkatkan jumlah Bifidobacteria didalam najis dan usus. Peningkatan kualiti najis yang dikeluarkan, pengurangan masalah gastroenteritis, peningkatan tahap kesihatan, pengurangan ezema ektopik dikaitkan secara langsung kepada peningkatan bakteria probiotik hasil pengambilan produk atau makanana kaya prebiotik.
Ketidak seimbangan komposisi bakteria (probiotik dan patologik) dikenal sebagai salah satu sebab irritable bowel syndrome(IBS). Kajian pengambilan produk prebiotik keatas pesakit masalah IBS mendapati pengurangan tanda-penyakit dan peningkatan tahap kesihatan yang lebih baik.
Kajian kesan pengambilan prebiotik keatas insiden kanser usus mendapati ada pengurangan yang dikaitkan juga kepada pertambahan komposisi bakteria probiotik terutamananya Bifidobacteria.
Pengambilan produk prebiotik terutama oleh remaja dan juga wanita putus haid mendapati terdapat penambahan resapan kalsium dalam usus dan penggunaan kalsium pada tulang walaupun jika tiada perubahan yang dikaitkan kepada komposisi microbiota dalam usus. Resapan mineral seperti Magnesium dan zat besi(Fe) bertambah efisen.
Kesan baik(beneficial) kepada penggunaan tenaga(energy homeostasis), kawalan selera makan (satiety regulation) dan berat badan juga dilihat pada sampel kajian yang menggunakan produk prebiotik. Hipotesis kajian menunjukkan ada kaitan kegemukan dan penyakit kencing manis (type 2) dengan komposisi mikrobiota dalam usus. Kaitan prebiotik dengan peningkatan keupayaan resapan nutrisi melalui usus dan pengurangan endotoxemia juga telah dilihat .
Kesan prebiotik dari sumber makanan kaya prebiotik atau supplement prebiotik yang berlainan memberi kesan berlainan keatas komposisi microflora dalam usus dan kesan kesihatan berlainan antara satu bakteria kebakteria yang lain. Maka kesan pengambilan supplement Gum Arabic, Inulin, galactooligosaccharide (GOS) atau fructo oligosaccharide (FOS) tidak sama.
Dengan bertambahnya kajian keatas prebiotik dan produk kaya prebiotik, lebih terbuktilah kebaikan pengambilan produk yang kaya dengan nutrisi ini kepada kesihatan melalui peningkatan fungsi sistem dalam tubuh dan mengurangkan risiko penyakit.
Kebaikan ini bukan terhad hanya kepada kesihatan dalam usus dan kesihatan mikroflora secara setempat (localised) tetapi melibatkan juga fisiology sistem yang luar dari usus secara menyeluruh.

SUMBER PREBIOTIK.

Susu ibu adalah contoh nutrisi paling awal yang mengandungi prebiotik (10%). Oligosaccharides termasuk galacto oligosaccharides dalam susu ibu merangsang pertumbuhan bakteria probiotik Lactobacillus dan Bifidobacteria.
Selain susu ibu Prebiotik terdapat dengan banyak di Gum Arabic(85%) dan hanya sedikit di dalam buahan, sayuran dan bijirin.
Fiber dalam diet harian boleh dibahagi kepada fiber larut dan fiber tidak larut. Fiber tidak larut tidak dihadam dalam perut dan usus kecil dan tidak digunakan oleh bakteria dalam usus besar dan menjadi serat keluar melalui najis. Fiber mudah larut juga tidak dihadam dalam perut dan usus tetapi diperam dan digunakan secara selektif oleh bakteria diusus besar. Tidak semua fiber mudah larut digunakan oleh bakteria dan hanya jenis fiber mudah larut yang digunakan sepenuhnya oleh bakteria probiotik dipanggil fiber prebiotik.
Makanan kaya prebiotik adalah seperti gandum, oats, barley, kacang soya, Jerusalem artichokes yang kebanyakannya mengandungi inulin. Buah-buahan seperti pisang, apple, blackberries, strawberries, cranberries dan raisins juga mengandungi Prebiotik.
Kebanyakan Inulin dalam produk supplement diproses dari akar Chicory.
Prebiotik fructo-oligosaccharides (FOS) adalah prebiotic yang di extrak dari buahan, bijirin, sayuran seperti asparagus, kangkong, bawang puteh, bawang merah, tomato, burdock dan chicory root.
Produk supplement yang mengandungi Prebiotik jenis galacto oligosaccharided (GOS) dihasilkan dari lactose yang diproses dengan enzim tertentu.

PROBIOTIK.

Bakteria secara semulajadi mendiami organ usus dan perut secara komensal. Kebanyakannya di usus besar dimana bakteria hidup secara simbiosis dan menyumbang kepada kesihatan hostnya.
Secara definasinya bakteria atau mikroorganisma hidup yang menyumbang kepada kebaikan dan kesihatan kepada hostnya dipanggil sebagai probiotik.
Ada lebih kurang 500 jenis bakteria dalam usus sistem usus. Ada kajian menyatakan hampir 60% dari berat najis adalah dari kumpulan bakteria.
Antara spesies bakteria yang dikesan adalah:

Dalam perut: Laktobasilus, Streptococcus, Yis. Dalam usus kecil: Laktobasilus, Bakteria bifido, Streptococcus, Bakteroides, Fusobakteria.

Dalam usus besar: Bakteria bifido, Laktobasilus, Streptococcus, Fusobakteria, Bakteroides, Enterobacteriaceae, Clostridia, Yis.

Simbiosis bermaksuk hostnya memberi sumber makanan dan ia memberikan bahan-bahan yang penting untuk digunakan oleh hostnya seperti menghadamkan makanan yang tidak dihadam, membantu penyerapan garam galian dan unsur surih, membantu badan menyingkir bahan buangan (toksin), menyediakan keadaan dalam usus yang tidak sesuai untuk bakteria penyakit (seperti Clostridium difficile, Escherichia coli), sintesis vitamin seperti vitamin B dan K dan menambah imun dan kesihatan host.
Bakteria usus dan probiotik mempunyai potensi untuk mempengaruhi kesihatan hostnya lebih besar dari kesan setempatnya di dalam sistem gastro usus. Kesimbangan optimum bakteria baik probiotik yang banyak dalam usus menjadi benteng perlindungan dari serangan bakteria membawa penyakit. Jika bakteria berpenyakit lebih banyak, kesihatan hostnya terjejas.
Koloni probiotik tidak kekal hidup dalam usus dan perlu tambah atau diransang supaya sentiasa aktif dengan cara memakan makanan kaya dengan bakteria seperti yoghurt, mengambil produk suplement mengandungi probiotik atau makanan dan supplement kaya prebiotik.
Majoriti bakteria yang berguna kepada hostnya adalah dalam kumpulan Lactobacillus dan Bifidobacterium dan suplement probiotik dalam pasaran biasanya mengandungi campuran bakteria tersebut.
Perkembangan dan metabolism mikroflora probiotik bergantung kepada bahan atau makanan yang sampai kepada mereka, iaitu dari apa yang dimakan oleh host. Dengan mengambil makanan atau nutrisi tertentu (prebiotik), komposisi bakteria probiotik yang baik dapat dikekalkan.
Kontraindikasi pemberian supplement probiotik biasanya adalah pada kanak-kanak kurang immuniti dan yang menggunakan intravenous catheters kerana jangkitan yang serious boleh berlaku.

KEBAIKAN PROBIOTIK.

Sistem gastrousus ialah organ penghadaman dan pertahanan badan dengan keluasan permukaan yang terbesar bagi tubuh. Ia juga mengandungi mikroflora iaitu bakteria komensal dan merupakan sistem yang seimbang untuk menjaga sistem badan supaya sihat.
Mikroflora probiotik dalam usus adalah penting untuk kesihatan. Kumpulan mikroflora ini adalah benteng pertahanan pertama dari organisma yang masuk dari luar. Organisma penyebab penyakit biasanya membiak apabila koloni bakteria probiotik berkurang melalui tekanan/stress, penyakit, rawatan antibiotik, diet tidak seimbang atau perubahan fizikal dalam usus.
Antara kebaikan lain yang dikesan dari bakteria probiotik adalah:



  • Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa
  • Membantu metabolism asid bile
  • Meningkatkan dan memperbaiki sistem penghadaman
  • Meningkatkan penyerapan galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus
  • Mensintesis short chain fatty acids
  • Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.
  • Melegakan gejala, memendekkan tempoh jangkitan cirit-birit dan cirit-birit yang disebabkan antibiotik pada orang dewasa dan kanak-kanak
  • Mengurangkan penghasilan bahan toksik dalam usus
  • Menguatkan sistem ketahanan badan
  • Menguatkan sistem imun bagi mencegah jangkitan dan alahan

  • Kajian klinikal yang dijalankan mendapati bakteria probiotik berlainan spesies memberi menafaat yang berlainan kepada hostnya.
    Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan dan memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti irritable bowel syndrome (IBS).
    Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.
    Bakteria Bifidobacteria anaerobic pleomorphic berbentuk rod (club shape) penting dalam memecahkan karbohidrat dalam makanan dan berinteraksi secara terus dalam proses metabolism host. Ia juga mensintesis dan mengeluarkan vitamin larut air bergantung kepada spesies dan strain bakteria. Bifidobacteria banyak didapati pada bayi menyusu badan tetapi tidak pada orang dewasa.
    Kajian kanak-kanak yang diberi tambahan Bifidobaterium breve mengurangkan bakteria Campylobacter jejuni dalam najis. Susu formula bayi yang dikayakan dengan B bifidum dan Streptococcus thermophilus mengurangkan insidence cirit birit.
    Probiotik Lactobacillus fermentum membantu usus besar sembuh dari keradangan (inflammation) dengan menambah paras glutathione dan mengurangkan pengeluaran mediator (TNFa dan NO) yang menyebabkan keradangan tersebut. Kesan positif yang lain juga dikesan seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat) juga telah dibuktikan.
    Microbiota dalam usus merubah imuniti dalam usus dan sistemik apabila mengeluarkan produk yang mempunyai kesan immunomodulatori seperti endotoxic lipopolysaccharide, peptidoglycans dan lipoteichoic acid. Bahan-bahan ini mempengaruhi sel usus, juga sel leukocytes dalam darah, B dan T lymphocyte dan sel sistem imun yang lain.
    Microbiota juga berinteraksi dengan sistem imun melalui pengeluaran cytokine, proliferasi sel mononuclear, macrophage, modulasi autoimmunity dan imuniti terus dari protozoa dan bakteria berpenyakit. 3 strain Bifidobacteria dalam satu kajian didapati merangsang penghasilan IgA (Imunoglobulin A) apabila didedahkan kepada toxin kolera.
    Kebaikan bakteria probiotik telah juga dibuktikan dalam bakterial vaginosis, jangkitan salur kencing, jangkitan salur pernafasan, masalah gigi berlubang, necrotizing enterocolitis dan keradangan usus. Kajian juga mendapati ia menambah kesihatan kepada kanak-kanak sihat atau yang sakit akibat kurang zat makanan.
    Pengambilan produk yang mengandungi probiotik sekurang-kurangnya tiga bulan dibuktikan mampu memendekkan tempoh jangkitan dan mengurangkan gejala selsema yang biasanya membuatkan ramai individu terpaksa mengambil cuti sakit, terutama penduduk negara musim sejuk.
    Pengambilan probiotik juga boleh memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.


    Antara keputusan kajian yang pernah dilakukan keatas spesies bakteria probiotik adalah seperti dibawah.
    BAKTERIA PROBIOTIK
    KAJIAN YANG DIBUAT
    Kebanyakan spesies bakteria probiotik
    Bifidobacterium infantis, Bifidobacterium animalis, Lactobacillus plantarum

    Irritable bowel syndrome
    Jangkitan Helicobactor pylori (gastrik)
    Lactobacillus johnsonii La1 (= Lactobacillus LC1, Lactobacillus johnsonii NCC533)
    Jangkitan Helicobactor pylori (gastrik)
    Bacillus coagulans GBI-30, 6086
    Irritable bowel syndrome
    Meningkatkan respon imune
    Lactobacillus Fermentum RC-14 + Lactobacillus Rhamnosus GR-1
    Lactobacillus Plantarum, Lactobacillus reuteri RC-14
    Candida vaginitis, Bacterial vaginosis
    Lactobacillus Plantarum, S.boulardii, Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium bulgaricus, Lactobacillus rhamnosus, Lactobacillus casei DN-114001
    Cirit birit -dewasa - antibiotic associated
    S.boulardii,Lactobacillus casei, Strep.thermophilus, Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium bulgaricus
    Cirit birit -dewasa
    Lactobacillus boulardii
    Cirit birit -HIV associated
    Lactobacillus Plantarum, Saccharomyces boulardii, Lactobacillus casei DN-114001
    Lactobacillus acidophilus + Bifidobacterium
    Cirit birit- Clostridium difficile associated
    Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium infantis
    Necrotizing enterocolitis (Radang usus)
    Bifidobacterium lactis BB-12, Lactobacillus reuteri SD 2222, others
    Cirit birit - rotavirus
    Lactobacillus Plantarum 299 V,
    Liver failure
    Lactobacillus Plantarum 299 V,
    Intensive care unit - dewasa
    Lactobacillus Plantarum 299 V,
    Liver transplant - penerima
    Lactobacillus Johnsonii LA1, VSL#3
    Crohn's disease
    Lactobacillus casei shirota
    Critically ill children
    Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus
    Kanser kolon/usus
    Kajian am.
    Reduce Cholesterol
    Lactobacillus rhamnosus JB-1
    Mengurangkan stress anxiety
    Bifidobacterium infantis 35624
    Sembelit
    Lactobacillus reuteri American Type Culture Collection|ATTC 55730 (Lactobacillus reuteri SD2112)
    Preliminary evidence for diarrhea mitigation in children, H. pylori infection, possible effect on gingivitis, fever in children and number of sick days in adults.
    Lactobacillus acidophilus CL1285 & Lactobacillus casei LBC80R
    May affect digestive health
    In vitro inhibition of Listeria monocytogenes and L. innocua, Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Enterococcus faecalis and Enterococcus faecium
    Reduction of symptoms of lactose intolerance and immune stimulation.
    Lactobacillus plantarum HEAL 9 & Lactobacillus paracasei 8700:2
    Is under study for common cold infections.
    B breve
    Mengurangkan jangkitan Campylobacter jejuni .
    B bifidum and Streptococcus thermophilus
    Mengurangkan cirit-birit pada kanak-kanak hospital.
    Lactobacillus GG
    Secrete antimicrobial product and eradicated Clostridium difficile in patients with relapsing colitis
    S thermophilus, L bulgaricus, L acidophilus, and B bifidum
    Supplementation reduce indence of travellers diarrhea.
    Probiotik kajian am
    Anti-mutagenic dengan menyerap mutagen didalam usus. Menyerap carcinogen seperti N-nitrosamine.
    Bifidobacteria
    Merangsang aktivasi phagocytes yang memusnahkan sel barah (tumour). Menghalang sel barah hati dan mammary (ujian keatas tikus).
    L acidophilus, B bifidum
    Mengurangkan inflammasi dalam usus.
    Lactobacillus GG
    Mengurangkan alahan susu lembu dan ezema pada kanak-kanak.
    Lactobacillus fermentum
    Menghasilkan glutathione dan mengurangkan radang dalam usus



    SUMBER PROBIOTIK.

    Bakteria probiotik adalah bakteria hidup dan sensitif kepada suhu, kelembapan, oksigen dan asid. Adalah penting untuk mengekalkan ia aktif semasa ia diproses dan disimpan. Selepas dimakan ia juga terpaksa melalui keadaan berasid semasa dalam perjalanan ke usus besar.
    Bakteria probiotik dalam produk cuma membantu jika ia hidup dan selalunya ia boleh mati semasa masih dalam kotaknya apabila tidak disempan dengan betul atau tidak disejukkan atau apabila terkena asid dalam perut sebelum sampai ke usus.
    Probiotik adalah produk selamat kerana ia mengandungi bakteria baik sama seperti kehidupan usus kita dan sesuai diambil semua peringkat umur. Malah, ada pakar menyarankan individu yang mahu berkunjung ke negara lain supaya makan probiotik yang dihasilkan di negara tersebut bagi mengelak cirit-birit di sana.

    GUM ARABIC

    Gum Arabic adalah composite polysaccharide dietary fiber rendah kalori semulajadi dari damar/getah pokok Acacia senegal dan Acacia seyal.
    Sudan adalah pengeluar utama gum arabic kerana tanahnya sesuai untuk penghasilan kualiti terbaik. Kandungan gum arabic terdiri dari garam asidic arabinogalactan protein complex yang selepas hidrolisis menghasilkan galactose arabinose, rhamanose, glucuronic asid dan 4-methoxy glucuronic acid.
    Tidak mempunyai rasa yang kuat, larut dalam air (kadar larut 95%.) kepada warna jernih (kualiti terbaik) atau warna pucat (straw colour-kualiti sederhana). Hanya Gum Arabic boleh larut dalam air sejuk. Gum dari jenis lain biasanya tidak larut atau larut kepada suspensi koloidal ( Colloidal suspension). Apabila ia larut Gum Arabic tidak pekat dan ia mempunyai kandungan fiber larut yang tinggi
    Gum Arabic mempunyai kadar peraman (fermentable) 100%. Gum Arabic adalah emulsifier semulajadi yang terbaik digunakan untuk memegang bahan-bahan yang biasanya tidak dapat bercampur bersama seperti air dengan minyak. Ia digunakan dalam produk makanan supplement, minuman, produk pelangsingan. Gum Arabic menjadi bahan penting dalam bahan makanan, pharmaceutikal dan industri. Tiada bahan emulsifier yang sebaik Gum Arabic.

    SUMBER GUM ARABIC

    Gum Arabic atau gum akasia adalah damar/getah dari batang dan dahan pokok Acacia senegal. Sudan pengeluar utama Gum Arabic, yang juga dipanggil dengan nama Hashab. Sudan membekalkan 85% dari bekalan dunia Gum Arabic dan 90% darinya adalah berkualiti tinggi.
    Damar pokok Acacia diperolehi secara semulajadi apabila kulit pokok merekah dimusim panas atau dari lubang kumbang pada batang pokok atau apabila dipotong/ditoreh secara manual. Pokok Acacia ini mengeluarkan damar untuk melindungi luka pada batang dan dahannya. Lebih banyak kesan luka lebih banyak damar dikeluarkan. Prosesnya mendapatkan damar adalah sukar kerana pengutipnya selalu luka terkena duri pokok akasia ini.

    KEBAIKAN GUM ARABIC

    Gum Arabic sangat berkhasiat. Penghuni padang pasir banyak memakannya untuk menjadi lebih bertenaga. Pengambilan 170gm(6oz) cukup untuk memberi tenaga seorang dewasa selama 24 jam.
    Digunakan sejak zaman Firaun dimana sebahagian bahan penting dalam proses "mumification". Bancuhan Gum Arabic dalam air banyak diberi pada pesakit sewaktu rawatan.
    Damar pokok Acacia ini juga digunakan untuk merawat sakit gigi dan gusi. Gum Arabic digunakan untuk menghalang jangkitan bacteria dalam gusi/gigi dan menghalang karang gigi(plaque deposition). Mengunyah Gum Arabic selama 7 hari mengurangkan karang gigi dan gusi. Ia juga menghalang pertumbuhan bakteria pada gusi.
    Kelebihan yang unik pada Gum Arabic menjadikan ia berguna dalam penghasilan makanan, ubatan dan industri.
    Gum Arabic adalah tergolong dalam kumpulan fiber mudah larut. 3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji apel, 44 biji prune kering.
    Fiber mudah larut (prebiotik) tidak dihadamkan dalam perut dan bergerak terus ke usus, diperam (fermented) dan digunakan oleh bakteria (probiotik) menghasilkan rantaian pendek asid lemak (short chain fatty acids) dan bahan-bahan yang lain yang berguna kepada host.

    KESAN SAMPINGAN GUM ARABIC

    Gum Arabic biasa diambil antara 1-4 sudu teh sehari. Gum Arabic tiada kesan sistemik apabila dimakan. Kajian keatas haiwan (Amerika Syarikat-2007) yang diberi Gum Arabic tidak menunjukkan apa-apa kesan toksik jangka panjang.

    Kesan sampingan Gum Arabic yang mungkin ada pada sesetengah orang adalah alahan, gatal, masalah pernafasan dan ruam kulit.

    KHASIAT GUM ARABIC.

    Banyak kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
    Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.
    Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :
    Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
    Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
    Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
    Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
    Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
    Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
    Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
    Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
    Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).
    Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).
    Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Gum Arabic pengurangan paras gula dalam darah.
    Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.
    Gum Arabic adalah demulcent and melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Gum Arabic didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.

    Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

    POKOK ACACIA SENEGAL

    Pokok Acacia senegal adalah pokok rendah berdaun halus tumbuh 2-6meter, berduri sepanjang 0.5cm, berbunga wangi dan hidup di tanah pasir gurun. Pokok Acacia senegal tumbuh kebanyakannya di Sudan selain dari Senegal, Chad, Nigeria hingga ke Somalia.
    Kualiti Gum Arabic terbaik hanya terdapat dari Sudan.
    Kulit pokok, daun dan getah damar digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti sakit perut, cirit-birit, perdarahan, sakit mata, selsema, gonorrhea, leprosy, demam typhoid, sakit tekak, jangkitan salur pernafasan, pelembab dan pencuci kulit.
    Kulit pokok ini juga digunakan sebagai aphrodisiac.

    POKOK ACACIA SEYAL.

    Pokok Acacia seyal adalah pokok rendah berdaun halus tumbuh 6-15 meter berduri sepanjang 7cm tumbuh ditanah pasir kering gurun Sahara. Mudah tumbuh walaupun dipotong.
    Pokok ini banyak digunankan sebagai makanan binatang ternakan semasa musim kering. Daun, damar dan kulit pokok secara tradisi digunakan untuk rawatan perdarahan, selsema, cirit-birit, sakit perut, penyakit kuning, penyakit hati, syphilis, sakit kepala, aphrodisiac, sakit sendi, sakit mata, dan sebagai pelembab dan pencuci kulit melecur.
    Pokok Acacia seyal tumbuh kebanyakannya di Sudan selain dari Senegal, Chad, Nigeria hingga ke Somalia. Kualiti Gum Arabic terbaik hanya terdapat dari Sudan.
    Damar/getah dari pokok Acacia seyal juga dipanggil Gum Arabic atau Talha.

    Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini, 
    sila hubungi ..
    whatsApp/ sms/ pm :

    019-9379629